Khamis, 16 Jun 2016

Kek Lapis Sarawak Asam Manis

Dah lama tak buat kek lapis ni... Ni versi bakar.



Bahan2..
*10 Biji telur
* 1 sudu besar ovallet
* 2 cawan gula halus
* 1 paket kecil horlick
* 2 cawan tepung gandum
* 2 buku buttercup
* 1/2 tin susu pekat
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 jenis pewarna( Saya pilih hijau dan kuning)
* 10 bungkus asam manis yang bulat2 tu

Cara2..
* Mula2 pukul telur, ovallet dan gula.  Pukul sehingga kembang.
* Dalam bekas lain pukul buttercup dan susu pekat.
* Ayak tepung dan horlick,
* Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan horlick yang sudah diayak tadi ke dalam adunan telur tadi.
* Kemudian masukkan buttercup bersama susu pulak dalam adunan tadi.
* Setelah sebati,  asingkan kepada 2 bekas untuk di letakan pewarna pilihan.
* Loyang mesti laserkan dengan marjerin.  Ratakan warna pertama dahulu dan bakar pada suhu 110°c selama 10 minit dgn api atas bawah.  Ni ikut oven saya.. jangan sampai hangit pulak..
* Keluarkan kemudian rata warna kedua pula dan bakar lagi,  tapi guna api atas sahaja.
* ikut kretiviti masing2 macam mana nak lapis. Asam manis di susun selepas warna diratakan. Kemudian ulang langkah sampai habis.  Makan jam juga nak buat.. Huhu..
* Dah siap..

Ramadhan - Day 10 - Kuih Sagu Berkuah

Hari ni En Suami request kuih sagu berkuah pulak.. So belajar2 le buat.
Bahan-Bahan Kuih sagu..
* 1 Cawan sagu.
* 2 cawan air pandan( 5 Helai daum pandan diblender dan diambil airnye)
* 2 sudu besar gula pasir
* sedikit pewarna hijau.

Bahan2 kuahnya..
* Setengah tin susu sejat
* 3sudu besar susu pekat
* 3 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar tepung kastard.
* 1 cawan air

Cara2nye
* rendam sagu bersama air pandan dan sedikit pewarna hijau dalam 10minit.
* Agak2 kembang sagu tu, masak sekejap atas api dan letakkan gula,
* agak2 gula dah larut,  masukkan dalam loyang dan kukus dalam 15minit atau sehingga hilang bintik2 putih sagu.
* Setelah siap, dan sejukkan dah letak dalam peti ais.
*Sementara tunggu sagu masak,  kita buat kuahnya,
* Masukkan kesemua bahan2 kuah tadi dan masak atas api sehingga mendidih,  tapi jangan mendidih sangat plak,  nt terlalu pekat.

Sudah siap,  boleh la dituangkan atas sagu tadi... Nyum nyum...

Ramadhan - Day 9 - Kuih Koci Sagu

Request by En Suami. Kueh koci sagu..

Bahan-Bahan..
* Daun pisang yang sudah disalai.
* 1 Cawan sagu
* 1 cawan air pandan( Daun pandan diblender)
* kelapa parut
* gula merah / gula melaka
* 1 sudu gula pasir

Cara2 nak buat sagu.
* Sagu direndam dengan air pandan,  kalo nak hijau lagi, tambah pewarna hijau,  selama 10 minit
* setelah sagu agak2 kembang... toskan sagu tersebut.

Cara2 nak buat inti
* masak gula melaka atau gula merah bersama air sehingga cair.
* Kemudian masuk kelapa parut tadi.  Kaco sehingga agak kering.

* Akhir sekali... Daun pisang tadi buat kelongsong macam kon.  Kemudian,  masuk sagu agak2 3/4 kelongsong tadi.  Agak2 boleh libat la.
* Kemudian buat lubang dalam sagu tadi untuk dimasukan inti kelapa tadi.
* Kemudian kukus kan dengan api besar selama 1 jam.

Isnin, 13 Jun 2016

Ramadhan - Day 8 - Puding Roti Berkuah Kastard

Hari ni berbuka puasa dengan manisan
PUDING ROTI BERKUAH KASTARD.

Bahan-bahan untuk Puding Roti
*10 Keping Roti Gardenia
*3 cawan susu segar rendah lemak
*4 biji telur
*4 sudu besar gula pasir
*4 sudu besar kismis
*1 sudu kecik esen vanilla

Cara-cara nye..
* Satukan kesemua bahan di atas kecuali roti dan kismis
* sapukan loyang dengan mentega,  kemudian roti dibelah 4 dan susun didalam loyang tersebut dan diselang selikan dengan kIsmiS.
* Kemudian tuang adunan tadi kedalam loyang berisi roti tadi.. Tekan2 kan roti tersebut supaya roti tersebut serap dengan adunan susu tadi..
* kemudian masukkan dalam oven dengan suhu 180-200 °c selama 40-50 minit.

Bahan2 untuk kuah kastad
* 2 cawan susu segar rendah lemak
* 2 sudu besar gula
* 2 sudu besar tepung kastad
* 1 sudu kecil esen vanilla

Cara2nya
* satukan kesemua adunan tadi
* setelah sebati,  letakkan diatas api yang kecil,  kacau sehingga sedikit pekat.  Tutup api.

Setelah masak puding tadi,  potong dan dimakan dengan kuah kastad..

Khamis, 9 Jun 2016

Ramadhan - Day 4 - Mertabak Roti

Juadah berbuka puase hari ni.. Mertabak roti..
Nak beli mertabak kt bazar.. Beratur panjang sangat..... Tgk fb ade resepi... Jd try buat... ni rupenye mertabak roti saya..



 Ni saya screenshot resepinye,  saya pakai daging burger jer..



Cara-Cara nak buat inti...
* tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
* Kemudian masukkan pes kari tadi,  masak sampai pecah minyak...
* masukkan daging burger dan kentang yang dipotong dadu.  Masukkan sedikit air dan lada hitam.
* Masak sehingga kentang empuk.
* Last sekali masukkan daun bawang.

# dalam bekas lain,  masukkan telur dan susu cair agak2 2 cawan,  kacau sehingga sebati.

# pastikan loyang telah disapukan butter atau marjerin.
# Susun roti yang telah di sapukan marjerin satu layer.
#Kemudian letakkan inti daging tadi semua,  boleh juga selang seli dgn cheese.
# Kemudian tuangkan adunan telur tadi,  tinggalkan sedikit utk layer terakhir nanti,
# susun layer terakhir dengan roti yang di sapukan marjerin dan boleh dihias dengan menabur daun bawang,  cili hijau, merah dan cheese
# akhir sekali,  tuangkan balance adunan telur ke atas roti tadi.
# Bakar pada suhu 200°c,  selama 50 minit.  Tapi kene check juga takut hangit ye..

Terima kasih  :: http://www.mamajue.com/2014/11/murtabak-roti-daging.html