Isnin, 13 Jun 2016

Ramadhan - Day 8 - Puding Roti Berkuah Kastard

Hari ni berbuka puasa dengan manisan
PUDING ROTI BERKUAH KASTARD.

Bahan-bahan untuk Puding Roti
*10 Keping Roti Gardenia
*3 cawan susu segar rendah lemak
*4 biji telur
*4 sudu besar gula pasir
*4 sudu besar kismis
*1 sudu kecik esen vanilla

Cara-cara nye..
* Satukan kesemua bahan di atas kecuali roti dan kismis
* sapukan loyang dengan mentega,  kemudian roti dibelah 4 dan susun didalam loyang tersebut dan diselang selikan dengan kIsmiS.
* Kemudian tuang adunan tadi kedalam loyang berisi roti tadi.. Tekan2 kan roti tersebut supaya roti tersebut serap dengan adunan susu tadi..
* kemudian masukkan dalam oven dengan suhu 180-200 °c selama 40-50 minit.

Bahan2 untuk kuah kastad
* 2 cawan susu segar rendah lemak
* 2 sudu besar gula
* 2 sudu besar tepung kastad
* 1 sudu kecil esen vanilla

Cara2nya
* satukan kesemua adunan tadi
* setelah sebati,  letakkan diatas api yang kecil,  kacau sehingga sedikit pekat.  Tutup api.

Setelah masak puding tadi,  potong dan dimakan dengan kuah kastad..

Tiada ulasan: