Khamis, 16 Jun 2016

Kek Lapis Sarawak Asam Manis

Dah lama tak buat kek lapis ni... Ni versi bakar.



Bahan2..
*10 Biji telur
* 1 sudu besar ovallet
* 2 cawan gula halus
* 1 paket kecil horlick
* 2 cawan tepung gandum
* 2 buku buttercup
* 1/2 tin susu pekat
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 jenis pewarna( Saya pilih hijau dan kuning)
* 10 bungkus asam manis yang bulat2 tu

Cara2..
* Mula2 pukul telur, ovallet dan gula.  Pukul sehingga kembang.
* Dalam bekas lain pukul buttercup dan susu pekat.
* Ayak tepung dan horlick,
* Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan horlick yang sudah diayak tadi ke dalam adunan telur tadi.
* Kemudian masukkan buttercup bersama susu pulak dalam adunan tadi.
* Setelah sebati,  asingkan kepada 2 bekas untuk di letakan pewarna pilihan.
* Loyang mesti laserkan dengan marjerin.  Ratakan warna pertama dahulu dan bakar pada suhu 110°c selama 10 minit dgn api atas bawah.  Ni ikut oven saya.. jangan sampai hangit pulak..
* Keluarkan kemudian rata warna kedua pula dan bakar lagi,  tapi guna api atas sahaja.
* ikut kretiviti masing2 macam mana nak lapis. Asam manis di susun selepas warna diratakan. Kemudian ulang langkah sampai habis.  Makan jam juga nak buat.. Huhu..
* Dah siap..

Tiada ulasan: