Khamis, 9 Jun 2016

Ramadhan - Day 4 - Mertabak Roti

Juadah berbuka puase hari ni.. Mertabak roti..
Nak beli mertabak kt bazar.. Beratur panjang sangat..... Tgk fb ade resepi... Jd try buat... ni rupenye mertabak roti saya..



 Ni saya screenshot resepinye,  saya pakai daging burger jer..



Cara-Cara nak buat inti...
* tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
* Kemudian masukkan pes kari tadi,  masak sampai pecah minyak...
* masukkan daging burger dan kentang yang dipotong dadu.  Masukkan sedikit air dan lada hitam.
* Masak sehingga kentang empuk.
* Last sekali masukkan daun bawang.

# dalam bekas lain,  masukkan telur dan susu cair agak2 2 cawan,  kacau sehingga sebati.

# pastikan loyang telah disapukan butter atau marjerin.
# Susun roti yang telah di sapukan marjerin satu layer.
#Kemudian letakkan inti daging tadi semua,  boleh juga selang seli dgn cheese.
# Kemudian tuangkan adunan telur tadi,  tinggalkan sedikit utk layer terakhir nanti,
# susun layer terakhir dengan roti yang di sapukan marjerin dan boleh dihias dengan menabur daun bawang,  cili hijau, merah dan cheese
# akhir sekali,  tuangkan balance adunan telur ke atas roti tadi.
# Bakar pada suhu 200°c,  selama 50 minit.  Tapi kene check juga takut hangit ye..

Terima kasih  :: http://www.mamajue.com/2014/11/murtabak-roti-daging.html

Tiada ulasan: