Just want to share resepi2 yang pernah cuba... Jadi ke tak ke, belakang kire.... Hehe Slmt membaca...
Khamis, 16 Jun 2016
Kek Lapis Sarawak Asam Manis
Bahan2..
*10 Biji telur
* 1 sudu besar ovallet
* 2 cawan gula halus
* 1 paket kecil horlick
* 2 cawan tepung gandum
* 2 buku buttercup
* 1/2 tin susu pekat
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 jenis pewarna( Saya pilih hijau dan kuning)
* 10 bungkus asam manis yang bulat2 tu
Cara2..
* Mula2 pukul telur, ovallet dan gula. Pukul sehingga kembang.
* Dalam bekas lain pukul buttercup dan susu pekat.
* Ayak tepung dan horlick,
* Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan horlick yang sudah diayak tadi ke dalam adunan telur tadi.
* Kemudian masukkan buttercup bersama susu pulak dalam adunan tadi.
* Setelah sebati, asingkan kepada 2 bekas untuk di letakan pewarna pilihan.
* Loyang mesti laserkan dengan marjerin. Ratakan warna pertama dahulu dan bakar pada suhu 110°c selama 10 minit dgn api atas bawah. Ni ikut oven saya.. jangan sampai hangit pulak..
* Keluarkan kemudian rata warna kedua pula dan bakar lagi, tapi guna api atas sahaja.
* ikut kretiviti masing2 macam mana nak lapis. Asam manis di susun selepas warna diratakan. Kemudian ulang langkah sampai habis. Makan jam juga nak buat.. Huhu..
* Dah siap..
Ramadhan - Day 10 - Kuih Sagu Berkuah
Bahan-Bahan Kuih sagu..
* 1 Cawan sagu.
* 2 cawan air pandan( 5 Helai daum pandan diblender dan diambil airnye)
* 2 sudu besar gula pasir
* sedikit pewarna hijau.
Bahan2 kuahnya..
* Setengah tin susu sejat
* 3sudu besar susu pekat
* 3 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar tepung kastard.
* 1 cawan air
Cara2nye
* rendam sagu bersama air pandan dan sedikit pewarna hijau dalam 10minit.
* Agak2 kembang sagu tu, masak sekejap atas api dan letakkan gula,
* agak2 gula dah larut, masukkan dalam loyang dan kukus dalam 15minit atau sehingga hilang bintik2 putih sagu.
* Setelah siap, dan sejukkan dah letak dalam peti ais.
*Sementara tunggu sagu masak, kita buat kuahnya,
* Masukkan kesemua bahan2 kuah tadi dan masak atas api sehingga mendidih, tapi jangan mendidih sangat plak, nt terlalu pekat.
Sudah siap, boleh la dituangkan atas sagu tadi... Nyum nyum...
Ramadhan - Day 9 - Kuih Koci Sagu
Request by En Suami. Kueh koci sagu..
Bahan-Bahan..
* Daun pisang yang sudah disalai.
* 1 Cawan sagu
* 1 cawan air pandan( Daun pandan diblender)
* kelapa parut
* gula merah / gula melaka
* 1 sudu gula pasir
Cara2 nak buat sagu.
* Sagu direndam dengan air pandan, kalo nak hijau lagi, tambah pewarna hijau, selama 10 minit
* setelah sagu agak2 kembang... toskan sagu tersebut.
Cara2 nak buat inti
* masak gula melaka atau gula merah bersama air sehingga cair.
* Kemudian masuk kelapa parut tadi. Kaco sehingga agak kering.
* Akhir sekali... Daun pisang tadi buat kelongsong macam kon. Kemudian, masuk sagu agak2 3/4 kelongsong tadi. Agak2 boleh libat la.
* Kemudian buat lubang dalam sagu tadi untuk dimasukan inti kelapa tadi.
* Kemudian kukus kan dengan api besar selama 1 jam.
Isnin, 13 Jun 2016
Ramadhan - Day 8 - Puding Roti Berkuah Kastard
PUDING ROTI BERKUAH KASTARD.
Bahan-bahan untuk Puding Roti
*10 Keping Roti Gardenia
*3 cawan susu segar rendah lemak
*4 biji telur
*4 sudu besar gula pasir
*4 sudu besar kismis
*1 sudu kecik esen vanilla
Cara-cara nye..
* Satukan kesemua bahan di atas kecuali roti dan kismis
* sapukan loyang dengan mentega, kemudian roti dibelah 4 dan susun didalam loyang tersebut dan diselang selikan dengan kIsmiS.
* Kemudian tuang adunan tadi kedalam loyang berisi roti tadi.. Tekan2 kan roti tersebut supaya roti tersebut serap dengan adunan susu tadi..
* kemudian masukkan dalam oven dengan suhu 180-200 °c selama 40-50 minit.
Bahan2 untuk kuah kastad
* 2 cawan susu segar rendah lemak
* 2 sudu besar gula
* 2 sudu besar tepung kastad
* 1 sudu kecil esen vanilla
Cara2nya
* satukan kesemua adunan tadi
* setelah sebati, letakkan diatas api yang kecil, kacau sehingga sedikit pekat. Tutup api.
Setelah masak puding tadi, potong dan dimakan dengan kuah kastad..
Khamis, 9 Jun 2016
Ramadhan - Day 4 - Mertabak Roti
Nak beli mertabak kt bazar.. Beratur panjang sangat..... Tgk fb ade resepi... Jd try buat... ni rupenye mertabak roti saya..
Ni saya screenshot resepinye, saya pakai daging burger jer..
Cara-Cara nak buat inti...
* tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
* Kemudian masukkan pes kari tadi, masak sampai pecah minyak...
* masukkan daging burger dan kentang yang dipotong dadu. Masukkan sedikit air dan lada hitam.
* Masak sehingga kentang empuk.
* Last sekali masukkan daun bawang.
# dalam bekas lain, masukkan telur dan susu cair agak2 2 cawan, kacau sehingga sebati.
# pastikan loyang telah disapukan butter atau marjerin.
# Susun roti yang telah di sapukan marjerin satu layer.
#Kemudian letakkan inti daging tadi semua, boleh juga selang seli dgn cheese.
# Kemudian tuangkan adunan telur tadi, tinggalkan sedikit utk layer terakhir nanti,
# susun layer terakhir dengan roti yang di sapukan marjerin dan boleh dihias dengan menabur daun bawang, cili hijau, merah dan cheese
# akhir sekali, tuangkan balance adunan telur ke atas roti tadi.
# Bakar pada suhu 200°c, selama 50 minit. Tapi kene check juga takut hangit ye..
Terima kasih :: http://www.mamajue.com/2014/11/murtabak-roti-daging.html
Isnin, 6 Jun 2016
Ramadhan -Day 1 - Puding Roti Pandan
Ahad, 15 Mei 2016
Kek Sirap Rose
Kek Sirap Rose
5 biji telur
2 cawan tepung kek
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor (ni pakai gule biase je, blender bg halus)
1/2 cawan susu segar -( gune y dlm kotak, tp sejuk.. Huhu)
1/4 cawan inci sirap rose - yg gambar bunga rose
Cara-Cara:
Panaskkan oven telebih dahulu
Dalam mangkuk pukul telur besama gula dgn wisk
Masukan minyak, susu segar kacau sebati
Masukan tepung kacau hingan tepung larut
Masukan sirap rose dan kacau kesemua bg sebati
Loyang disapu butter keseluruhan lapik dgn kertas minyak dan tuang adunan
Bakar selama 45 minit dgn suka 170'c megikut kepanasan oven masing2
Dah masak sejukan kek
Ahad, 8 Mei 2016
Kek Red Velvet( Sempena Hari Ibu)
Sempena Hari Ibu, teringin pulak nak wat kek.. Konon2 nak suprise ibu2... Kebetulan, ibu mentua dan ibu ada dekat rumah.. So buat la kek red velvet... Ni saya tak ingat amik dari blog mane... Tp saya ada buat screen shoot.....
Tapi saya dah tersalah beli pewarna pink... So red nye dah x nampak... Huhu.... Ni rupenye...
Ni baru lepas simen..... Pakai whipping cream + cream cheese.. Kalo nak cantik, pakai whipping cream non dairy.. ni tadi try google..
Ni dah deco... Macam kanak2 riang... Sedangkan untuk hari ibu.. Tp boleh la.... Ni je y ade dekat umh...
Ni y dah potong... Tgk, tak merah pun... Sb silap beli pewarna... Tgk ising die... Warne pink kn.. Kalo dah mix dgn koko... Memang tak nampak le red nyer.... Huhu
Ni resepi google2 je...Thank kepade empunya resepi.....
Selasa, 3 Mei 2016
Sotong Sumbat Masak Lemak
Kali ni, sotong sumbat kentang + ayam. Resepi masak lemak ni resepi mak mentua... Sekali rase terus terpikat.
Bahan-bahan:
- Sotong sederhana besar dan nipis
- Kunyit hidup - agak2 le... ditumbuk halus
- Serbuk jintan manis
- Setengah inci halia - ditumbuh halus
- Bawang blender( Bawang putih + bawang merah) * saya memang standby dlm peti, senang nak memasak.. Malas nak kupas bawang hari2...
- Santan.
- Asam keping sekeping
- Bawang besar di potong bulat2, untuk hiasan
- Cabai muda untuk hiasan.
Bahan untuk sumbat dalam sotong:
- Isi ayam - dipotong kecil2 atau dadu
- Kentang - kentang dipotong dadu
- Daun sup & daun bawang( Di racik halus)
- Serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa & apa2 penambah perisa jika perlu
Cara2..
![]() |
isi rupanye setelah di campur bahan2 tadi. |
![]() |
Rupanya setelah disumbat kentang |